KAMI SEDIA BELI EMAS LAMA,BARU,PATAH,ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI AR-RAHNU / BANK / PAJAK GADAI KONVENSIONAL BERMINAT SILA HUBUNGI : - PEJABAT - No 13 1A Jalan Pandan 3/6 Pandan Jaya 55100 Kuala Lumpur 03-9202 6533 / En Azam 017-3076786

Tuesday, 31 July 2012

Jangan Mudah Percaya Paparan Di Media Sosial - KPN


KUALA LUMPUR - Rakyat tidak harus mempercayai sepenuhnya kejadian jenayah yang disebar menerusi media sosial, sebaliknya mereka perlu mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu melalui sumber yang boleh dipercayai.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana terdapat jenayah yang disebar media sosial hari ini sebenarnya adalah kejadian lama.


"Penyebaran ini dilakukan bagi menggambarkan seolah-olah jenayah di negara hari ini tidak terkawal, sedangkan ia kejadian lama.


"Jadi, mereka yang membaca atau melihat sebarang berita atau maklumat seperti ini diharap dapat merujuk kepada pihak-pihak berkenaan seperti polis sendiri bagi menentukan kesahihan sesuatu perkara itu," katanya kepada pemberita


selepas majlis berbuka puasa peringkat Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.


Beliau turut menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts