KAMI SEDIA BELI EMAS LAMA,BARU,PATAH,ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI AR-RAHNU / BANK / PAJAK GADAI KONVENSIONAL BERMINAT SILA HUBUNGI : - PEJABAT - No 13 1A Jalan Pandan 3/6 Pandan Jaya 55100 Kuala Lumpur 03-9202 6533 / En Azam 017-3076786

Friday, 27 July 2012

03-9202 6533 : Pembeli Emas Pandan Jaya

Geng Boboy Rawang Tumpas




SHAH ALAM : 27 Julai - Polis percaya dapat menumpaskan kumpulan curi kereta Geng Boboy Rawang selepas menahan 16 anggota kumpulan itu termasuk dalangnya tiga bersaudara yang dikenali sebagai Boboy dalam serbuan di sekitar Rawang, Klang dan Puchong dekat sini bermula 10 Julai lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui semula 12 buah kereta yang dicuri oleh kumpulan tersebut bernilai RM300,000 iaitu tiga buah Proton Wira, Proton Perdana (2), Honda Accord (2) serta masing-masing sebuah kereta jenis Toyota Levin, Proton Waja, Honda Civic dan Honda Integra.

Difahamkan, suspek yang berusia 17 tahun menggerakkan kumpulan itu bersama dua abangnya yang dikenali sebagai Angah, 24, dan Epi, 27, sejak enam bulan lalu dan dipercayai telah melakukan kegiatan curi kenderaan di Shah Alam, Putrajaya dan Puchong di Selangor serta Sungai Besi dan Brickfields, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts